Monday 24 September 2012

Minyak Zaitun ( Virgin Olive Oil)

500ml
Pernahkah anda mengamalkan salah satu pemakanan sunnah iaitu minyak zaitun? Minyak zaitun mempunyai pelbagai khasiat yang elok untuk kesihatan. Ianya diambil dari pohon Zaitun yang tumbuh merata bermula dari Iran, Syria dan Palestin sehinggalah ke seluruh Mediterranean sejak 6,000 tahun dahulu.

Minyak zaitun bukan sahaja terkenal di Eropah dan Timur Tengah malah hampir ke seluruh dunia mengamalkan minyak zaitun tidak kira di dalam masakan mahu pun penjagaan kesihatan. Bagi umat Islam minyak zaitun sudah diamalkan sejak 1400 tahun dahulu oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda memang menganjurkan umatnya mengamalkan minyak zaitun dalam kehidupan seharian. Nabi Muhammad menggunakan minyak zaitun sebagai minyak rambut.


buah zaitun organik

Pohon zaitun yang penuh berkat ini disebut di dalam Al-Quran dalam Surah At-Tin: ayat 1, Surah Al-Mukminun: ayat 20 dan Surah An-Nur: ayat 35.

“Demi (buah) tin dan (buah) zaitun.” (At-Tin: 1)

“Dan pohon kayu keluar daripada Tursina (pohon zaitun) yang menghasilkan minyak…” (Al-Mukminun: 20)

“…pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh….” (An-Nur: 35).

Pohon zaitun juga disebut di dalam hadis:

”Makan minyak zaitun dan urutlah dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci”, diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.

Ada minyak zaitun, makanlah, urut seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir”, diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

Antara khasiat minyak zaitun:

Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
Antioksidan dan antikanser
Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
Membekal vitamin E yang tinggi
Kecantikan (kulit dan rambut)
Kestabilan asid lemak
Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
Kegunaan massage therapy
Berkesan untuk bisul, ruam lampin, dan gatal-gatal
Cara penggunaan minyak zaitun:

Campurkan 2 sudu ke dalam setiap masakan
Sapukan ke muka bagi kecantikan wajah dan menghilangkan parut jerawat
Ambil secara mentah sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari

No comments:

Post a Comment