Friday 28 September 2012

URUSAN PENGHANTARAN

Assalamualaikum...
Untuk maklumat para pelanggan yang dihormati selepas pembayaran di buat dan saya sudah memastikannya. Penghantaran di kawasan Cheras, Bangi, Kajang & Putrajaya adalah PERCUMA min. order 6 botol ke atas. Bagi di luar kawasan berkenaan pembelian 12 botol/ 1 dozen adalah PERCUMA. Penghantaran di luar LEMBAH KLANG (KUALA LUMPUR) pihak kami akan menggunakan perkhidmatan courier seperti Skynet, Pos Laju dan Citylink.

Monday 24 September 2012

Minyak Saffron

APAKAH ITU ZA’FARAN?

ZA’FARAN iaitu Saffron atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah negara sahaja iaitu di Iran dan Sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir. Ianya merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai ‘King of Spices’.

Stigma bunga Za’faran ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara-negara Timur Tengah. Selain untuk melazatkan makanan, ianya juga dianggap bahan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, bahan pewarna dan lain-lain. Kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin.

Za’faran adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri.

Harganya di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu mencecah di antara RM10,000.00 hingga RM22,000.00 berdasarkan grednya.

KHASIAT ZA’FARAN
(Berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam & maklumat internet)

” Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
” Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
” Sakit kepala atau migrane dan asma” Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
” Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
” Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
” Bengkak hati atau hipatitis A dan B
” Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
” Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
” Menambahkan tenaga zahir dan batin
” Masalah mati pucuk, sembelit
” Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
” Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
” Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
” Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
” Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
” Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
” Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya’ Allah

Za’faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai ” King Of Spices “. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za’faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A’li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:

Maksudnya:
“Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan ‘asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.”

KEISTIMEWAAN ZA’FARAN

ZA’FARAN adalah salah satu bahan rempah yang termahal didunia. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Timur Tengah seperti India yang menggunakannya sebagai bahan asli untuk melazatkan masakan atau sebagai pewarna dan dianggap bahan terbaik untuk kesihatan.

ZA’FARAN banyak digunakan sebagai bahan perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi bermutu tinggi (Flavoured Tobacco), untuk industri pemakanan, pewarna dan lain-lain kegunaannya.

KEISTIMEWAAN DAN KHASIAT ZA’FARAN

1. DARI SEGI PERUBATAN

Dios Cerides – seorag doktor bangsa Greek dari UK menganggap ZA’FARAN mempunyai nilai perubatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai bahan pembuka selera, membantu mengurangkan masalah ketidak hadaman makanan dan memberi manfaat kepada bayi & kanak-kanak.

Malah pada masa kini di INDIA, ianya digunakan sebagai penyembuh masalah pencernaan. Hasil kajian telah mendapati bahawa ZA’FARAN kaya dengan vitamin B2 dan Riboflavin. Kajian oleh Allan Conney (New Jersey) pula bahaw ZA”FARAN dapat mengelakkan system pencernaan daripada kanser (Le Fiigaro Magazine 23/12/1994)

Di Eropah ZA’FARAN bayak digunakan di farmasi dan homeopathy sebagai bahan penenang kepada masalah jiwa yang tertekan. Kini ZA’FARAN digunakan dalam membuat minuman pencernaan di mana warnya yang keemasan itu di manfaatkan.

Di Mesir, ZA’FARAN telah dikenali semenjak 1500 tahun sebelum masihi (1500 BC) sebagai tumbuhan yang berguna untuk kesihatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai:

” Membantu pencernaan makanan” Menghindarkan batuk dan radang paru-paru” Mengurangkan maslah tidak boleh tidur malam” Memberi ketenangan kepada kanak-kanak waktu tumbuh gigi” Membantu mengeluarkan angin yang terkumpul di sistem pencernaan perut” Air anti spashodic

ZA’FARAN telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu oleh ‘therapist’ dan pengusaha-pengusaha perubatan herba sebagai ramuan ubat seperti:

” Melancarkan haid yang tidak menentu” Awet muda dan menambah tenaga zahir dan batin” Baik untuk sakit kepala bila ditampal di kepala” Membantu menenangkan jiwa yang tertekan Di negara-negara Asia larutan ZA”FARN digunakan untuk membuat alat solek yang paling mahal serta kemampuannya merawat jerawat atau penyakit kulit yang lain dengan berkesan. Pada zaman silam ianya hanya terhad kepada wanita golongan di raja kalangn bangsawan dan saudagar.

ZA’FARAN bukan sahaja melicinkan kulit malah boleh membuatkan kulit cerah, sebab itulah di India terutamanya, wanita yang mengandung biasanya membubuh dua tiga urat ‘filamen’ daripad ZA’FARAN tersebut ke dalam susu dan diminum.
2. UNTUK MASAKAN

ZA’FARAN telah menjadi bahan terpenting dalam masakan antarabangsa. Di India ZA’FARAN mempunyai banyak kegunaan di dalam nasi, minuman dan pencuci mlut. Di Negara Teluk, tetamu dihidangkan dengan minuman di mana campurannya ialah kopi ZA’FARAN dan sejenis rempah (cardamurui) serta dihidangkan bersama ZA’FARAN.

Sirap yang menyegarkan juga di sediakan dengan ZA’FARAN. Di Sepanyol sejenis masakan yang menggunakan ZAA”FARAN ‘Spanish Cuisine’ sangat terkenal diseluruh dunia. Biasanya pelawat atau pelancong yang datang ke Sepanyol tidak akan meninggalkan negara tersebut sebelum menjamah ‘Spanish cuisine’ tersebut.

Penggunaan meluas ZA’FARAN di Sepanyol sebagai ramuan masakan boleh digambarkan dengan di beberapa buah buku masakan silam seperti Libro Del Arte De Cocina (1599 Ad) De Diego Granado, Libro De Paste Leria (1611 Ad)

Di Itali “Rissoho A La Milanese” adalah makanan termasyhur. Di Sweden terdapat hidangan menyambut tetamu dengan menghidangkan ‘Cake Za’faran’. Di Jepun penggunaan ZA”FARAN juga bertambah dan mereka juga gemar memakan ikan yang dihidangkan secara mentah bersama ZA”FARAN kerana ianya menambahkan lagi kelazatan ikan tersebut dan mengeluarkan warna keemasan pada daging ikan tersebut.

3. UNTUK MINYAK WANGI

Di timur tengah selain berkhasiat menyembuhkan sakit kepala, ianya juga digunakan sebagai minyak wangi berjenama ATTAR yang dipanggil ‘ZA”FARAN ATTAR’ ianya mengeluarkan jenama bertaraf antarabangsa.

4. INDUSTRI TENUSU

ZA’FARAN telah memberikan warna yang cantik dan menyerikan mentega dan keju. Ianya juga menambahkan kelazatan dan Za’faran juga digunakan dalam membuat ais krim.

5. TEMBAKAU BERPERISA

Kebanyakan di India di mana mereka menggunakan tembakau berperisa Za’faran yang dipanggil “Za’farn Zarda”. Ianya menjadi sungguh enak.

6. INDUSTRI MAKANAN

Telah digunakan secara meluas termasuk makanan yang telah diproses.

7. BAHAN PEWARNA

Catatan sejarah menunjukkan bahawa banyak bangsa di dunia menggunakan ZA’FARAN yang keemasan sebagai bahan penyeri kulit seperti bangsa Irish, India, Jepun dan lain-lain serta pakaian. Sehingga sekarang sami-sami buddha masih menggunakan ZA’FARAN sebagai bahan pewarna bagi kain selempang yang mereka gunakan serta di dalam lukisan-lukisan mereka.

8. POKOK ZA’FARAN

Za’faran dalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi. Kajian saintis membuktikan bahawa Za’faran berpotensi digunakan sebagai salah satu eleman penting dalam penghasilan produk kecantikan kulit. Penggunaan Za’faran bukan sahaja dapat mencerahkan kulit, sekaligus dapat melembutkan kulit. Bagi anda yang mengidamkan kulit yang cerah, Za’faran adalah jawapannya. Bagi ibu-ibu mengandung Za’faran dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandungan. Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Za’faran mempunyai nilai perubatan. Za’faran berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.

9. KESESUAIAN FARMASIUTIKAL

Seperti lain-lain rempah, Za’faran juga terkenal dengan kelebihan farmasiutikal dari zaman dahulu dan daripada penyelidikan sains moden, dari segi kegunaannya di dalam ubatan tradisional dan herba. Kini, Za’faran juga digunakan dalam menghasilkan ubatan menggantikan bahan kimia. Kajian membuktikan bahawa Za’faran adalah bahan terpenting untuk ubatan kimia dan akan menjadi satu revolusi di dalam industri farmasiutikal.

Minyak Zaitun ( Virgin Olive Oil)

500ml
Pernahkah anda mengamalkan salah satu pemakanan sunnah iaitu minyak zaitun? Minyak zaitun mempunyai pelbagai khasiat yang elok untuk kesihatan. Ianya diambil dari pohon Zaitun yang tumbuh merata bermula dari Iran, Syria dan Palestin sehinggalah ke seluruh Mediterranean sejak 6,000 tahun dahulu.

Minyak zaitun bukan sahaja terkenal di Eropah dan Timur Tengah malah hampir ke seluruh dunia mengamalkan minyak zaitun tidak kira di dalam masakan mahu pun penjagaan kesihatan. Bagi umat Islam minyak zaitun sudah diamalkan sejak 1400 tahun dahulu oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda memang menganjurkan umatnya mengamalkan minyak zaitun dalam kehidupan seharian. Nabi Muhammad menggunakan minyak zaitun sebagai minyak rambut.


buah zaitun organik

Pohon zaitun yang penuh berkat ini disebut di dalam Al-Quran dalam Surah At-Tin: ayat 1, Surah Al-Mukminun: ayat 20 dan Surah An-Nur: ayat 35.

“Demi (buah) tin dan (buah) zaitun.” (At-Tin: 1)

“Dan pohon kayu keluar daripada Tursina (pohon zaitun) yang menghasilkan minyak…” (Al-Mukminun: 20)

“…pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh….” (An-Nur: 35).

Pohon zaitun juga disebut di dalam hadis:

”Makan minyak zaitun dan urutlah dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci”, diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.

Ada minyak zaitun, makanlah, urut seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir”, diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

Antara khasiat minyak zaitun:

Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
Antioksidan dan antikanser
Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
Membekal vitamin E yang tinggi
Kecantikan (kulit dan rambut)
Kestabilan asid lemak
Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
Kegunaan massage therapy
Berkesan untuk bisul, ruam lampin, dan gatal-gatal
Cara penggunaan minyak zaitun:

Campurkan 2 sudu ke dalam setiap masakan
Sapukan ke muka bagi kecantikan wajah dan menghilangkan parut jerawat
Ambil secara mentah sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari

BARAKAH HABATUS SAUDAA

RM4.00 p/tray
HABBATUS SAUDA JENAMA BARAKA
Alhamdulillah, ramai yang telah mencuba kapsul minyak habbatus sauda berjenama Baraka yang diimpot dari Egypt dan telah mendapat manfaatnya.
SABDA RASULULLAH (SAW) :
Dari kitab Ash Shahihain "Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim)
Habbatus sauda atau Nigella Sativa berjenama Baraka terkenal dengan mutunya yang tinggi dan menetapi piawaian kilang dengan GMP.

Spesifikasi : Habbatus sauda jenama BARAKA
Isi : 24 kapsul minyak
Kandungan : 450g minyak habbatus sauda setiap satu kapsul
Buatan : Egypt (kilang GMP)
Sijil Kementerian Kesihatan : MAL 08120837T



TESTIMONI
Puan Zurina, Cheras, 34 thn
Saya selalu letih-letih badan terutama selepas bekerja seharian dalam air cond. Ini menyebabkan saya mahu tidur sahaja bila sampai di rumah. Alhamdulillah, sejak mengambil Baraka 2 biji pagi dan 2 biji malam masalah saya sudah tiada. Saya berasa segar dan tidak mudah mengantuk.
Puan Sal, Melawati, 29 thnSaya mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur (hampir 2 bulan baru haid). Setelah mengambil habbatus sauda Baraka saya terus datang haid seperti normal (1 bulan sekali). Paling mengejutkan ialah saya juga sentiasa 'bersemangat' untuk bersama dengan suami. Kini suami saya juga mengamalkannya.
En Razidin, Serdang, anak 7 tahunMasalah perut kembung dan cacing anak lelaki saya yang berusia 7 tahun sudah sembuh kerana habbatus sauda. Saya memberinya sebiji sehari kapsul minyak Baraka.
Cik Azlina, Klang, 25 thnSaya mengalami alahan yang teruk kerana makanan laut. Tangan saya akan membengkak, mengelupas dan menanah dan ini amat tidak selesa dan memalukan. Namun saya akhirnya sembuh setelah mengamalkan habbatus sauda. Kini saya boleh menikmati makanan laut kegemaran saya - syaratnya, ambil 2 biji habbatus sauda setengah jam sebelum makan makanan laut (untuk mengaktifkan fungsi anti histamin habbatus sauda)
Encik Muhamad, Kuala Selangor, 45 thnSaya berpuas hati ianya memberi saya tenaga yang bagus untuk hubungan dengan isteri. :)
En Azli, Ampang, 28 thnSaya mudah demam dan mengidap sinus (hidung sensitif). Setelah mengamalkan 3 bulan saya tidak pernah lagi didatangi demam atau selsema seperti dulu (setiap bulan sakit).
APA ITU HABBATUS SAUDA?Habbatus sauda adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan timur tengah dan Mediterranean. Biji-bijinya berwarna putih dan akan bertukar hitam bila matang. Nama saintifiknya adalah NIGELLA SATIVA. Ia juga dikenali dengan nama Habbatus Sauda (Arab), Kalounji (India), Black Cumin (Inggeris), Jintan Hitam (Melayu) serta banyak lagi.
Habbatus sauda banyak disebut-sebut dalam kitab-kitab lama sebagai penawar pelbagai penyakit. Nabi Muhammad (SAW) telah mengamalkannya sejak seribu tahun dulu. Minyak habbatus sauda juga dijumpai tertanam dengan mumia Tutankhamen di Mesir sebagai ubat untuk bekalan di kehidupan lain seperti kepercayaan mereka.
Habbatus sauda digunakan sebagai suplemen/pemakanan tambahan.Banyak kajian yang telah dilakukan kepada habbatus sauda. Dari penyelidikan dan pengalaman didapati Habbatus Sauda adalah :
KANDUNGAN:
Lebih 100 komponen
Kaya dengan asid lemak tak tepu
35% minyak, 21% protin, 38% karbohidrat.
Lebih dari 50% minyaknya adalah asid lemak penting.
Asid linolik dan asid linolenik gamma membantu membentuk Prostaglandin E1 yang membantu badan untuk menghentikan jangkitan dan menyeimbangkan system imunisasi badan dan meregulasi reaksi alahan.
Asid linolenik gamma juga membantu mengstabilkan membran sel.
Volatile oil Nigellone dan thymochinon yang bertanggungjawab kepada anti histamine, anti oksida, anti jangkitan dan kesan pengembangan saluran pernafasan (broncho dialating effect)
Amalan mengambil habbatus sauda secara berterusan menyebabkan kesihatan yang berpanjangan.
ANTARA KEBAIKANNYA IALAH :
MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk
MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit
ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)
SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi),
ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma
ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil
ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi
PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan
SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan
ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)
MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan
MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)
MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.
MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA
Seperti suplemen lain, habbatus sauda harus diamalkan secara berterusan dalam kehidupan seharian untuk anda mendapatkan kesan yang optimum.
1 kotak 24 kapsul
5 kotak 120 kapsul
Cadangan pemakanan :
1 - 2 kapsul 3 kali sehari

Cuka Kurma

250ml    RM15 sebotol
KHASIAT CUKA KHURMA
Mencegah sembelit
Menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran
Memperkukuhkan lagi urat-urat rahim wanita
Memudahkan proses bersalin
Meredakan tekanan darah tinggi
Menguatkan otot
Melegakan batuk
Mencegah sengal-sengal badan
Menambah tenaga
Mencegah dan merawat kanser usus
Menguatkan ingatan
Menguatkan tenaga seksual
Anti kanser
Melancar pengaliran darah
Merawat masalah buah pinggang
Mencuci organ hati
Mencegah Insomnia

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Buah yang diwahyukan dalam Al-Quran. Tiada keraguan baginya. Wajib disimpan dan dijadikan makanan harian. Tidak perlu tunggu bulan Ramadhan. Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan - Hadis Riwayat Muslim.
Sangat sesuai untuk:
1. Ibu-ibu mengandung, selepas bersalin, sedang menyusu.
2. Bayi dan kanak-kanak, pelajar, orang dewasa dan warga emas.
3. Menahan lapar, mengurangkan selera dan menurunkan berat badan.

* Harga borong RM12.00 utk pembelian 1 karton
* Penghantaran percuma di kawasan Lembah Klang

Minyak Habbatus Saudaa

50ml  - RM25.00
Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda di dalam Hadis baginda yang dipetik daripada kitab Ash Shahihain:

“Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).

Di antara bahan kandungan Habbatus Sauda adalah Fixed Oil (saturated and unsaturated), Minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin serta Asid Amino.

Di dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda adalah dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Di dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda’ boleh mengubati 50 jenis penyakit tanpa efek. Terdapat ulasan berdasarkan ilmu kedoktoran yang menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lainnya :
Antiinflamasi - mengubat perih/radang tenggorokan
Antiarthritis - mengubati rheumatik
Analgesik - mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain)
Mengatur haid dan meningkatkan aliran susu
Antiseptik - mengubati bau mulut
Antivirus - mengubati demam dan flu
Dermatologi - mengubati jerawat dan ekzema
Mengubati saluran kumuh dan batu ginjal.
Sistem imunisasi - meningkatkan daya tahan tubuh untuk mengelakkan penyakit.

* Harga borong RM20 sebotol utk pembelian sekarton.
* Penghantaran percuma di kawasan Lembah Klang.

Thursday 20 September 2012

CARA MOHON PESANAN

JIKA ANDA BERMINAT DENGAN PRODUK KAMI SILA :-
1-        MAKLUMKAN PESANAN ANDA KEPADA KAMI MELALUI SMS/CALL.
2-        BUAT PEMBAYARAN SECUKUPNYA KE AKAUN MAYBANK 162825025055 (FAEZAH BT ABD RAHMAN)

3-        MAKLUMKAN KEPADA KAMI MELALUI SMS BUKTI PEMBAYARAN BESERTA ALAMAT PENGHANTARAN.
4-PENGHANTARAN HANYA AKAN DIBUAT SELEPAS PEMBAYARAN PENUH DITERIMA.
T.KASIH
H/P : 012.220.9708
E-MAIL : mira7008@gmail.com

Lagi manfaat yang ada dalam Buah Delima

· Melancarkan dan menstabilkanperedaran/perjalanan darah
· Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada tahap normal
· Membersihkan hati dan urethra
· Memperkuatkan sistem penghadaman
· Membuang lemak-lemak berlebihan
· Meningkatkan tenaga
· Mencegah ‘morning sickness’
· Membantu menyesuaikan hormon ketika haid
· Mencantikkan dan mencerahkan kulit
· Membantu menyembuhkan penyakit diabetes
· Boleh meghilangkan kahak
· Mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan kekuatan  tenaga batin
· Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua

Antara khasiat-khasiat Jus Delima

Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.

Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Rahsia Penciptaan Buah Delima

 Di dalam al Quran, tersebut indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.